Sejarah PKG

 
Mula dikenali sebagai Pusat Media Daerah, kemudian ditukar nama kepada Pusat Kegiatan Guru , PKG Kawasan Bukit Jawa (DQA 3003), lebih dikenali sebagai Pusat Kegiatan Guru Bukit Jawa, merupakan salah sebuah PKG di Kelantan. Sungguhpun berada di Sek. Keb. Bukit Abal, namun pengekalan nama dibuat berdasarkan kepada pengelompokan yang asal dan Sek. Keb. Bukit Abal juga merupakan salah sebuah dari 19 buah sekolah dalam kelompok PKG Bukit Jawa.
 


Mula beroperasi di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa dengan menumpang sebuah bilik darjah dan kini telah dipindahkan operasi ke Sekolah kebangsaan Bukit Abal. Ditempatkan ke satu blok bangunan kayu lama (blok asal SK Bukit Abal) yang dari masa ke semasa dinaik taraf, PKG Bukit Jawa bergerak seiring dengan lain-lain PKG di negeri Kelantan. Ditadbirkan terus dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan (BTPN), dengan Ketua Penolong Pengarah dan dibantu oleh pegawai-pegawai BTPN yang lain.




PKG B
ukit Jawa adalah salah satu dari 3 buah PKG yang terdapat dalam kawasan PPD Pasir Puteh.Menempuh era Teknologi Maklumat dan ICT dalam sistem pendidikan di Malaysia, PKG Bukit Jawa telah mendapat perhatian yang sama antara PKG Berbangunan Sendiri. Oleh yang demikian, beberapa orang pegawai telah ditempatkan. Bermula dengan seorang pegawai, kini telahpun ada pembantu termasuk seorang kerani Gred N17 dan seorang juruteknik komputer Gred FT17. Pegawai yang bertanggung jawab penuh telah ditingkatkan gred dari DGA 29 ke Gred DGA 32 dan masing-masing dikenali sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 1 dan Pegawai Teknologi Pendidikan 2.Prasarana PKG Bukit Jawa telah mengalami perubahan dari segi fizikal (dinding, pintu, tingkap dan bumbung) serta termasuk dari segi peralatan ICT.......
pkgbukitjawa © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute